PERKARA ASAS SEBELUM BINA
RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Assalamualaikum dan
salam sejahtera,
Rasa-rasanya
dah lama saya tak update posting. Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat
kompleks dan sukar nak difahami oleh orang biasa kerana ia memerlukan
pengetahuan teknikal. Kalau tahu sikit-sikit tu kira bonus. Oleh yang demikian,
saya akan cuba memberikan maklumat yang mudah difahami dan dipraktikkan.
Membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap individu. Kalau diikutkan dari segi kos memang lebih jimat berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang kediaman jenis ini sehingga mengikis wang poket anda sedikit demi sedikit sehingga melebihi kos yang sepatutnya.
a. Geran Tanah
b. Keadaan Tanah
Ceritalah
serba ringkas pasal keadaan tanah tersebut sama ada tanah rata, berbukit,
hutan, tanah lembah/rendah atau tanah tambun. Kalau kawasan tu semak samun,
anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri. Kalau tanah tu
jenis tanah lembah/rendah, anda perlu tambun dahulu dengan duit poket sendiri.
Pada kebiasaannya kontraktor cuma sediakan rumah sahaja, tetapi anda boleh
meminta kontraktor untuk buat kerja membersih dan menambun tanah dengan kos
tambahan. Kos menambun tanah ni boleh dimasukkan sekali dalam bajet bina rumah
dengan syarat ianya ditulis dalam perjanjian dengan kontraktor, baru bank atau
kerajaan akan kira kos tersebut.
c. Pelan Lakaran
Rumah
d. Bajet Kewangan
Perlu
ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan keluasan, rekabentuk dan
spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/pelukis pelan/kontraktor akan membuat
anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. Kos penyediaan pelan
lakaran rumah, bayaran kepada badan berkanun sehingga kelulusan pelan
diperolehi dan bayaran untuk mendapatkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC)
anda perlu tanggung sendiri. Ditambah pula apabila anda bina rumah anda
menggunakan pinjaman bank atau kerajaan, anda perlu lantik peguam untuk urus penyediaan
dokumen pinjaman. Dapatkan nasihat daripada arkitek/pelukis
pelan/kontraktor/peguam anggaran bajet kewangan rumah idaman anda.
e. Spesifikasi
Apa
itu spesifikasi? Tak ramai yang bertanya bab ni. Spesifiksai adalah bahan-bahan
yang akan digunakan dalam membina rumah, contohnya penggunaan batu-bata samada
bata simen atau bata merah untuk dinding rumah, rangka pintu dan tingkap samada
kayu atau besi aluminum, kemasan lantai samada simen konkrit atau jubin seramik
dll. Kadang-kadang arkitek/pelukis pelan memasukkan spesifikasi didalam pelan
lakaran mereka tanpa disedari oleh pelanggan. Oleh itu, ramai di antara
pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet
mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor
menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa
yang disediakan oleh kontraktor. Terbaiknya, bawalah berbincang dengan
kontraktor tentang spesifikasi ini dan persetujuannya hendak dibuat bertulis,
jangan ikut cakap mulut je… bila ada masalah, baru nak menyesal.
Akhirnya,
bila pelan lakaran rumah telahpun siap dan telah diluluskan oleh badan
berkanun, barulah anda perlu fikirkan langkah seterusnya, buat pinjaman bank
atau kerajaan… bagi yang poket tebal, takpa la, boleh bina terus je…
Pilihlah
pinjaman yang terbaik… kontraktor yang terbaik… dan peguam yang terbaik… untuk
menguruskan pembinaan rumah idaman anda…
0 comment (s):
Post a Comment