Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian;
Anda masih lagi berfikir samada mahu membeli rumah yang siap bina atau rumah belum bina. Kedua-dua jenis rumah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Terdapat banyak faktor bagi anda membuat pilihan yang mana satu berkenan dihati dan yang mana satu mempunyai risiko yang rendah.
Rumah Siap Bina

Tambahan pula, rumah siap bina mempunyai risiko yang rendah. Ini kerana majoriti rumah siap bina telah mempunyai atau dalam proses mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan. Wujudnya sijil tersebut, membolehkan anda menuntut gantirugi daripada insuran sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti kebakaran atau kerosakan akibat banjir.
Walaubagaimanapun, rumah siap bina ini tetap mempunyai kelemahannya. Kelemahan utama rumah siap bina ialah kerana harganya. Pada kebiasaannya, harga rumah siap bina ini adalah 20% lebih tinggi daripada rumah belum bina dengan pelan lantai dan perihalan yang sama. Ini adalah disebabkan pemaju atau kontraktor perlu menanggung kos keseluruhan rumah tersebut dan mereka juga mengambilkira risiko rumah tersebut lambat dijual.
Selain itu, anda juga harus menerima pelan lantai dan perihalan yang sediaada yang memungkinkan tidak mengikut citarasa anda. Dan dalam kebanyakan kes, anda berkemungkinan akan melakukan pengubahsuaian ke atas pelan dan rumah sediaada dan ini akan menyebabkan anda mengeluarkan kos tambahan. Anda fikir-fikir lah...
Rumah Belum Bina
Kelebihan rumah belum bina pula adalah pelan lantai rumah anda. Dalam kes ini anda boleh dan harus mencari pemaju atau kontraktor yang memberi kebebasan kepada untuk mereka bentuk pelan lantai yang anda kehendaki. Tetapi haruslah diingat, anda perlu berhati-hati dengan rekaan pelan lantai anda, semakin kompleks pelan anda semakin mahal harga rumah anda. Pastikan rumah anda tersebut anda mampu milik.
Disamping itu, anda boleh dan harus mencari pemaju atau kontraktor yang memberi kebebasan kepada anda untuk menentukan kualiti bahan binaan dan perihalan bangunan. Dan sebagaimana di atas, semakin tinggi kualiti bahan binaan, semakin tinggi harga rumah anda. Sebagai contoh anda boleh meminta pemaju atau kontraktor menggunakan bata tanah merah untuk kemasan dinding rumah anda dan juga kekuda bumbung daripada kayu.
Walaubagaimanapun, membeli rumah belum siap mempunyai risikonya tersendiri. Kelemahan utamanya ialah lambat siap sehingga boleh menyebabkan rumah terbengkalai dan pemaju atau kontraktor meninggalkan projek. Projek terbengkalai bukan sahaja mendatangkan masalah kepada anda dari sudut binaan tetapi juga, jika tidak ditangani sebaiknya, dari sudut bayaran pinjaman bank.
Selain daripada itu, tempoh pembinaan rumah belum siap ini mengambil masa yang panjang iaitu antara lingkungan lapan hingga setahun atau mungkin lebih. Ini bergantung kepada kelulusan pinjaman anda, sekiranya rumah tersebut dibeli menggunakan pinjaman, komplesiti rumah anda dan tidak ketinggalan cuaca. Cuaca memainkan peranan penting dalam menentukan tempoh binaan. Ini kerana apabila musim hujan iaitu November, Disember dan Januari, pemaju atau kontraktor akan menghadapi kesukaran mendapatkan bahan utama binaan iaitu pasir. Anda fikir-fikir lah...
Mengatasi Risiko Rumah Belum Bina

Di samping itu, anda juga harus bijak memilih waktu dan masa yang sesuai untuk pemaju atau kontraktor memulakan kerja-kerja membina rumah. Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk membuat persediaan dari segi kelulusan pelan lantai rumah anda dan juga kelulusan pinjaman rumah anda. Anda dinasihati memilih rumah yang belum bina dengan harga yang sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. In kerana kebiasaannya pemaju atau kontraktor yang membina rumah dengan harga rendah akan menggunakan bahan-bahan binaan yang kurang kualitinya. Ingatlah juga Allah amat menyukai hambaNya yang wasotiyah atau sederhana.
Untuk pengetahuan anda semua, kami, villa puteh, menyediakan perkhidmatan menjual rumah belum bina dan memberi kebebasan kepada anda untuk merekabentuk pelan lantai. Sebarang pertanyaan, boleh e-mailkan ke villaputeh@gmail.com atau telefon penulis di talian 010-6401153.
Selamat membaca.... .
0 comment (s):
Post a Comment